Ler Lum & Co - Chartered Accountants

 

Notice | Scheme papers | Court sanction | Press release and newspapers cuttings | Location | Development layout | Factory specification | Construction report | Sales enquiries | Photos

 

Corporate Recovery Services

Scheme of Arrangement Pursuant to Section 176 of the Companies Act 1965 between Korakyat Plantations Sdn Bhd (In Liquidation) and the Purchasers for the Rehabilitation of Taman Perindustrian Subang Mewah.


Chinese | English

Korakyat Plantations Sdn Bhd (Dalam Penggulungan)
Kenyataan Rasmi Akhbar
3 Mac 2004

 

Skim Aturan
Di antara
Korakyat Plantations Sdn Bhd (Dalam Penggulungan) Dan Pembeli
Menurut Seksyen 176 Akta Syarikat 1965


Projek Pemulihan – Pendekatan secara Malaysia Diperbadankan

 Kerja-kerja pembinaan bagi pemulihan Taman Perindustrian Subang Mewah,  USJ 1, Subang Jaya sedang berjalan dengan lancar. 

Taman Perindustrian Subang Mewah merupakan sebuah projek pembangunan perindustrian yang mengandungi 478 unit kilang yang terdiri daripada unit-unit teres satu hingga dua tingkat dan unit-unit kilang berkembar satu-setengah tingkat, dengan jumlah nilai jualan asal sebanyak RM146 juta.  

Walaupun projek mempunyai nilai komersil, ia telah terbengkalai pada tahun 1998 berikutan kegagalan pemaju untuk meneruskan perniagaan. 

Melalui persefahaman dan kerjasama di antara para pembeli, bank-bank pembiaya dan pihak berkuasa, para penyelesai syarikat pemaju, Korakyat Plantations Sdn Bhd (Dalam Penggulungan) mengusulkan satu skim aturan sebagai usaha memulihkan projek - dengan semangat Malaysia Diperbadankan. 

Pada 3 Julai 2003, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Dagang) telah meluluskan Skim Aturan yang dirumus menurut Seksyen 176 Akta Syarikat 1965. Majoriti pembeli dan bank pembiaya projek telah memberi persetujuan terhadap skim pada 20 Disember 2002.

Selain menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh projek yang telah terbengkalai semnjak 1998, Skim Aturan tersebut juga akan dapat menyelesaikan komplikasi aspek perundangan yang dihadapi projek, berpunca dari tuntutan cagaran oleh pelbagai pihak yang berlainan ke atas sekeping tanah yang sama, yang merupakan maslah yang biasa dihadapi oleh mana-mana projek pembangunan hartanah terbengkalai. 

Ciri utama skim yang merupakan satu kompromi pihak-pihak terbabit itu ialah sejumlah suntikan dana daripada para pembeli dan bank-bank pembiaya dikumpul di dalam tabung pemulihan - Akaun Escrow untuk tujuan menyiapkan pembangunan Taman Perindustrian Subang Mewah dan melangsaikan segala tunggakan terhadap pembiaya asal projek serta membebaskan tuntutan cagaran ke atas tanah tersebut. 

Para Penyelesai beranggapan bahawa Skim Aturan tersebut adalah satu pendekatan proaktif dan membina dalam penggulungan syarikat, serta merupakan kaedah yang paling berkesan dalam menangani kedudukan para pemiutang Syarikat, terutamanya para pembeli, yang mungkin akan tertakluk kepada agihan yang amat terhad atau sifar dalam penggulungan syarikat, memandangkan kedudukan mereka sebagai pemiutang tidak terjamin. 

Skim Aturan dalam pemulihan projek terbengkalai tersebut juga telah dirumus dengan tujuan untuk mencapai objektif sosial yang lebih menyeluruh dan akan membawa kebaikan kepada semua pihak yang terlibat, secara langsung mahupun tidak langsung.
 

Para Penyelesai – En. Ler Cheng Chye dan En. Lum Tuck Cheong dari Tetuan Ler Lum & Co., telah dilantik sebagai Penyelesai oleh Mahkamah pada 10 Mei 2000. 

Ler Lum & Co., sebuah firma Akauntan Bertauliah yang mempunyai gabungan antarabangsa, telah berusaha untuk memainkan peranan yang positif dalam usaha memulihkan ekonomi negara semenjak kemelut ekonomi yang lepas, dengan memberi penekanan kepada pemodelan semula dari sudut perundangan, komersil dan kewangan projek-projek terbengkalai kepada projek-projek yang berdaya maju dan berdaya saing didalam keadaan ekonomi semasa.  

Taman Perindustrian Subang Mewah merupakan projek perintis yang menetapkan “benchmark” kepada projek-projek terbengkalai lain yang berada dalam seliaan firma tersebut. Butiran lanjut Skim Aturan tersebut boleh didapatkan dari pejabat firma tersebut atau dari laman webnya, www.lerlum-hlb.com.

Para Penyelesai menjangkakan bahawa kejayan Skim Aturan tersebut akan memberi laluan dan menjadi model bagi pemulihan lain-lain projek terbengkalai di negara ini yang biasanya menghadapi masalah dari sudut perundangan, komersil dan kewangan yang hampir sama.


Para Penyelesai telah bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan menerusi semangat “Malaysia Diperbadankan”, suatu polisi pragmatik yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi memajukan negara dalam mencapai aspirasi Wawasan 2020.
 

Para Penyelesai juga menyatakan penghargaan kepada pihak-pihak berkuasa tempatan  diatas kerjasama dan Yang Berhormat Datuk Lee Hwa Beng, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Subang Jaya diatas pandangan serta sokongan padunya semenjak peringkat konsep Skim Aturan tersebut. 

Projek tersebut dijadualkan siap pada penghujung 2004.

Satu majlis pelancaran semula projek akan dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor akan diadakan pada 6 Mac 2004 di tapak pembinaan Taman Perindustrian Subang Mewah.

 

Sebarang pertayaan boleh diajukan kepada::

Cik Sharon Leng or Cik Adelaine Amir
Tetuan Ler Lum & Co.
B-3-11, Megan Avenue II
12, Jalan Yap Kwan Seng
50450 Kuala Lumpur.
Telefon: 03 2715 1555
Faksimili: 03 2163 4609
Perkembangan projek boleh didapati di laman web 
www.lerlum-hlb.com






Home | Industries Served | Topic of Interest | International Associate | Useful Links | Existing Items For Tender | Legal Disclaimer


LER LUM
 www.lerlum-hlb.com

                  A member of HLB International,
                  A Worldwide organization of accounting firm and business advisers.