Ler Lum & Co - Chartered Accountants

 

Notice | Scheme papers | Court sanction | Press release and newspapers cuttings | Location | Development layout | Factory specification | Construction report | Sales enquiries | Photos

 

Corporate Recovery Services

Scheme of Arrangement Pursuant to Section 176 of the Companies Act 1965 between Korakyat Plantations Sdn Bhd (In Liquidation) and the Purchasers for the Rehabilitation of Taman Perindustrian Subang Mewah.


Chinese | English

Korakyat Plantations Sdn Bhd (In Liquidation)

Kenyataan Rasmi Akhbar

28 Januari 2003

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Skim Aturan Cadangan

diantara Korakyat Plantations Sdn Bhd (Dalam Penggulungan) dan Pembeli

Menurut Seksyen 176 Akta Syarikat 1965

Mesyuarat Yang Diarahkan Mahkamah yang dinanti-nantikan bagi Skim Aturan Cadangan diantara Korakyat Plantations Sdn Bhd (Dalam Penggulungan) dan para pembeli Taman Perindustrian Subang Mewah menurut Seksyen 176 Akta Syarikat 1965 telah diadakan pada 20 Disember 2002.

Tujuan mesyuarat tersebut adalah bagi para pembeli menimbangkan dan jika dianggap patut, meluluskan Skim Aturan Cadangan tersebut yang telah diusulkan oleh para Penyelesai untuk memulihkan semula projek terbengkalai Korakyat Plantations Sdn Bhd (Dalam Penggulungan) yang dikenali sebagai Taman Perindustrian Subang Mewah yang terletak di USJ 1, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Para Penyelesai – En. Ler Cheng Chye dan En. Lum Tuck Cheong dari Tetuan Ler Lum & Co., telah dilantik sebagai Penyelesai pada 10 Mei 2000 sebagai Penyelesai Korakyat Plantations Sdn Bhd (Dalam Penggulungan), sebuah syarikat pembangunan hartanah, pemaju projek Taman Perindustrian Subang Mewah.

Para Penyelesai telah mengusulkan satu Skim Aturan Cadangan bagi memulihkan semula projek tersebut yang merupakan sebuah projek pembangunan perindustrian yang mengandungi 478 unit-unit kilang yang terdiri daripada unit-unit teres satu tingkat, teres satu-setengah tingkat, teres dua tingkat dan unit-unit kilang berkembar satu-tingkat.

Projek tersebut telah terbengkalai semenjak 1998.

Masalah yang biasa dihadapi oleh mana-mana projek pembangunan hartanah terbengkalai adalah kekurangan dana bagi menyiapkan projek. Dan, bagi kebanyakan projek pembangunan hartanah, tanah pembangunan tersebut dipajakkan sebagai cagaran bagi mendapatkan pembiayaan kewangan (bridging financing). Para pembeli pula mungkin memerlukan pinjaman dari institusi-institusi kewangan yang juga menetapkan cagaran bagi pinjaman tersebut yang pada kebiasaannya merupakan tanah sama yang telah dicagarkan kepada pembiaya bagi pihak syarikat (bridging financier). Keadaan tersebut merupakan satu keadaan yang rumit apabila timbul sesuatu masalah, dari segi kewangan dan perundangan, bagi semua pihak yang terbabit dan dalam keadaan biasa, penyelesaiannya, jika ada, adalah tidak memuaskan, terutamanya kepada para pembeli projek-projek berkenaan yang selalunya terhimpit dan berada dalam kedudukan yang paling merugikan.

Masalah yang sama juga dihadapi oleh Korakyat Plantations dan Taman Perindustrian Subang Mewah dimana, apabila para Penyelesai dilantik, Korakyat Plantations tidak mempunyai sebarang dana, walaupun hanya bagi tujuan penggulungan syarikat, lebih-lebih lagi untuk menyiapkan projek tersebut.

Bagi menyelamatkan projek tersebut, para Penyelesai telah mengusulkan kepada para pembeli suatu skim “bantu-diri” dimana para pembeli hendaklah mengeluarkan dana yang diperlukan bagi tujuan pemulihan tersebut.

Dibawah cadangan Skim Aturan Cadangan tersebut, para pembeli akan membuat bayaran-bayaran berikut:

1. Bayaran Tambahan sebanyak 20% daripada harga belian; dan
2. Bayaran Progresif asal yang masih tertunggak.

Bayaran-bayaran tersebut akan dikumpulkan didalam suatu tabung yang akan diamanahkan kepada para Penyelesai, yang hanya boleh digunakan bagi tujuan pembayaran kos-kos bagi skim tersebut seperti yang telah ditetapkan didalam Skim Aturan Cadangan yang perlu diluluskan oleh Mahkamah.

Pada 15 Ogos 2002, pembiaya “bridging financier” yang asal yang mempunyai keutamaan tuntutan terhadap tanah pembangunan yang telah dicagarkan tersebut telah memberi persetujuan terhadap Skim Aturan Cadangan tersebut dan selanjutnya, melalui permohonan para Penyelesai, Mahkamah memerintahkan bahawa mesyuarat para pembeli diadakan pada 20 Disember 2002 bagi menimbangkan dan jika patut, meluluskan Skim Aturan Cadangan tersebut.

Para Penyelesai beranggapan bahawa Skim Aturan Cadangan tersebut merupakan kaedah yang paling berkesan dan adil dalam menangani kedudukan para pemiutang syarikat, terutamanya para pembeli, yang dalam keadaan biasa, berada dalam kedudukan yang rumit memandangkan pelbagai tuntutan cagaran keatas tanah tersebut dan tuntutan-tuntutan para pemiutang yang lain.

Kejayaan Skim Aturan Cadangan tersebut juga akan dapat menyelesaikan masalah sosial dan komersil yang lebih menyeluruh lagi yang biasa dihadapi oleh mana-mana projek pembangunan hartanah terbengkalai, yang akan membawa kebaikan kepada semua pihak yang terlibat, secara langsung mahupun tidak langsung.

Pada Mesyuarat Yang Diarahkan Mahkamah yang telah diadakan pada 20 Disember 2002 tersebut, Skim Aturan Cadangan tersebut telah diluluskan oleh para pembeli yang hadir dan mengundi pada mesyuarat tersebut dengan majoriti yang amat menggalakkan.

Seksyen 176 Akta Syarikat 1965 menetapkan bahawa kelulusan para pemiutang, dalam kes ini para pembeli, adalah diperolehi apabila majoriti 51% dalam bilangan mewakili tiga-perempat (75%) nilai pembeli yang hadir dan mengundi pada mesyuarat tersebut mengundi bersetuju dengan cadangan yang diusulkan.

Keputusan mesyuarat tersebut, tidak termasuk undi yang diterima dari para pembeli yang dipertikaikan kerana para Penyelesai menyangsikan kesasihan perjanjian jual beli mereka, melebihi ketetapan perundangan dan ditunjukkan didalam jadual di bawah.

Dalam Bilangan

Jumlah pengundi yang hadir dan mengundi
347
100%
Undi menyokong
333
96%
Undi menentang
1
0.3%
Berkecuali
13
3.7%

 

 




Dalam Nilai

Jumlah pengundi yang hadir dan mengundi
RM92,345,612
100%
Undi menyokong
RM89,399,133
96.8%
Undi menentang
RM 112,000
0.1%
Berkecuali
RM 2,834,479
0.3%



 

 

Satu laporan kepada Mahkamah berkenaan keputusan mesyuarat tersebut untuk mendapatkan kelulusan Mahkamah, yang merupakan syarat sebelum Skim Aturan Cadangan tersebut boleh dilaksanakan, telah dibuat dan jika diluluskan, akan mengikat kesemua pembeli projek tersebut.

Skim Aturan Cadangan yang unik tersebut merupakan percubaan untuk menggunakan kaedah penggulungan yang lebih proaktif dan membina dengan tujuan mendapatkan agihan yang lebih baik bagi para pemiutang. Dalam melaksanakan tujuan tersebut, para Penyelesai berkerjasama dengan pihak berkuasa tempatan menerusi semangat “Malaysia Diperbadankan”, suatu polisi pragmatik yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi memajukan negara untuk mencapai aspirasi Wawasan 2020.

Skim Aturan Cadangan tersebut juga telah dirumus dengan tujuan untuk mencapai objektif sosial yang lebih menyeluruh lagi dimana para pembeli projek tersebut yang sebenarnya merupakan para pemiutang syarikat yang tak terjamin, mungkin akan tertakluk kepada agihan yang amat terhad atau sifar dalam penggulungan syarikat secara amnya.

Skim Aturan Cadangan tersebut tidak menguruskan kelas-kelas pemiutang lain yang masih tertakluk kepada proses penggulungan syarikat seperti yang ditetapkan oleh Akta Syarikat 1965.

Walaubagaimanapun, adalah dijangkakan bahawa perlaksanaan Skim Aturan Cadangan tersebut akan mempunyai banyak manfaat dan memberi kesan yang baik kepada kutipan harta syarikat memandangkan adanya kemungkinan untuk menjual unit-unit kilang yang belum dijual ataupun dipunyai oleh syarikat.

Para Penyelesai merasakan bahawa sokongan yang padu yang diberikan terhadap Skim Aturan Cadangan tersebut merupakan petanda keyakinan terhadap nilai projek tersebut dan potensi USJ 1 untuk menjadi satu kawasan yang berdaya maju di masa hadapan.

Para Penyelesai menyatakan tahniah kepada Jawatankuasa Bertindak Pro-Tem Taman Perindustrian Subang Mewah dan Pengerusinya, Tuan Haji Rathi Bin Haji Ishak diatas kelulusan para pembeli diatas usahanya yang boleh dipuji bagi mendapatkan kelulusan statutori bagi Skim Aturan Cadangan tersebut.

Para Penyelesai juga menyatakan penghargaan diatas komitmen dan sokongan yang diberikan oleh kesemua 23 institusi-institusi kewangan yang terlibat sebagai pembiaya bagi projek tersebut, yang mana tanpanya, para Penyelesai mungkin tidak sampai sehingga ke peringkat sekarang dalam merealisasikan Skim Aturan Cadangan tersebut.

Para Penyelesai juga menyatakan penghargaan kepada Yang Berhormat Datuk Lee Hwa Beng, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Subang Jaya diatas sokongan padunya yang telah memberikan para Penyelesai keyakinan dan tenaga semenjak peringkat konsep Skim Aturan Cadangan tersebut.

Ler Lum & Co., sebuah firma Akauntan Bertauliah yang mempunyai gabungan antarabangsa, telah berusaha untuk memainkan peranan yang positif dalam usaha memulihkan ekonomi negara semenjak kemelut ekonomi yang lepas, dengan memberi penekanan kepada pemodelan semula dari sudut perundangan, komersil dan kewangan projek-projek terbengkalai kepada projek-projek yang berdaya maju dan berdaya saing didalam keadaan ekonomi semasa. Taman Perindustrian Subang Mewah merupakan projek perintis yang menetapkan “benchmark” kepada projek-projek terbengkalai lain yang berada dalam seliaan firma tersebut. Butiran lanjut Skim Aturan Cadangan tersebut boleh didapatkan dari pejabat firma tersebut atau dari laman webnya, www.lerlum-jhi.com.

Para Penyelesai menjangkakan bahawa kejayan Skim Aturan Cadangan tersebut akan memberi laluan dan menjadi model bagi pemulihan lain-lain projek terbengkalai di negara ini yang selalunya menghadapi pelbagai masalah dari sudut perundangan, komersil dan kewangan.

Para Penyelesai turut menyatakan bahawa mereka telah menerima Perintah Injunksi Mahkamah pada 10.00 a.m. 27 Januari 2003 yang melarang pelaksanaan Skim Aturan Cadangan tersebut. Perintah Injunksi Mahkamah tersebut telah diberikan berdasarkan permohonan ex-parte oleh 2 pihak dan perbicaraan inter-parte telah diperintahkan untuk didengar pada 30 Januari 2003.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:

Mr. Chiew Kin Wee atau Ms. Sharon Leng
Ler Lum & Co.
B-3-11, Megan Phileo Avenue
12, Jalan Yap Kwan Seng
50450 Kuala Lumpur .







Home | Industries Served | Topic of Interest | International Associate | Useful Links | Existing Items For Tender | Legal Disclaimer


LER LUM
 www.lerlum-hlb.com

                  A member of HLB International,
                  A Worldwide organization of accounting firm and business advisers.