Ler Lum & Co - Chartered Accountants

 

Notice | Scheme papers | Court sanction | Press release and newspapers cuttings | Location | Development layout | Factory specification | Construction report | Sales enquiries | Photos

 

Corporate Recovery Services

Scheme of Arrangement Pursuant to Section 176 of the Companies Act 1965 between Korakyat Plantations Sdn Bhd (In Liquidation) and the Purchasers for the Rehabilitation of Taman Perindustrian Subang Mewah.


English

Korakyat Plantations Sdn Bhd (In Liquidation)

Kenyataan Rasmi Akhbar

11 Februari 2003

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Skim Aturan Cadangan

diantara Korakyat Plantations Sdn Bhd (Dalam Penggulungan) dan Pembeli

Menurut Seksyen 176 Akta Syarikat 1965

Perintah Injunksi Larangan telah dikeluarkan oleh Mahkamah pada 22 Januari 2003 terhadap perlaksanaan Skim Aturan Cadangan menurut Seksyen 176 Akta Syarikat 1965 atas permohonan ex-parte oleh 2 pihak, yang mendakwa kepentingan mereka terjejas jika Skim Aturan Cadangan tersebut dilaksanakan. Mahkamah juga telah mengeluarkan Perintah agar perbicaraan inter-partes diadakan bagi memutuskan permohonan-permohonan tersebut.

Pada perbicaraan inter-partes tersebut yang diadakan pada hari ini, Mahkamah telah menolak permohonan-permohonan injunksi tersebut dengan kos.

Skim Aturan Cadangan tersebut telah diperkenalkan oleh para Penyelesai bagi pemaju, Korakyat Plantations Sdn Bhd (Dalam Penggulungan) bagi memulihkan semula projek terbengkalai yang dikenali sebagai Taman Perindustrian Subang Mewah yang terletak di USJ 1, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Skim Aturan Cadangan tersebut telah diluluskan oleh para pembeli Taman Perindustrian Subang Mewah pada Mesyuarat Yang Diarahkan Mahkamah yang telah diadakan pada 20 Disember 2002 dengan majoriti yang amat menggalakkan.

Salah seorang Penyelesai, Dr. Ler Cheng Chye dari Tetuan Ler Lum & Co. menjelaskan bahawa Skim Aturan Cadangan tersebut merupakan kaedah yang paling berkesan dan adil dalam menangani masalah-masalah yang dihadapi oleh projek pembangunan hartanah yang terbengkalai tersebut. Keputusan menolak permohonan-permohonan tersebut akan membolehkan Mahkamah Penggulungan untuk memutuskan kelulusan terhadap Skim Aturan Cadangan Cadangan tersebut yang merupakan satu syarat sebelum ianya dapat dilaksanakan.

Ler Lum & Co., sebuah firma Akauntan Bertauliah yang mempunyai gabungan antarabangsa, telah berusaha untuk memainkan peranan yang positif dalam usaha memulihkan ekonomi negara semenjak kemelut ekonomi yang lepas, dengan memberi penekanan kepada pemodelan semula dari sudut perundangan, komersil dan kewangan projek-projek terbengkalai kepada projek-projek yang berdaya maju dan berdaya saing didalam keadaan ekonomi semasa. Taman Perindustrian Subang Mewah merupakan projek perintis yang menetapkan “benchmark” kepada projek-projek terbengkalai lain yang berada dalam seliaan firma tersebut. Butiran lanjut Skim Aturan Cadangan tersebut boleh didapatkan dari pejabat firma tersebut atau dari laman webnya, www.lerlum-jhi.com.

Para Penyelesai menjangkakan bahawa kejayan Skim Aturan Cadangan tersebut akan memberi laluan dan menjadi model bagi pemulihan lain-lain projek terbengkalai di negara ini yang selalunya menghadapi pelbagai masalah dari sudut perundangan, komersil dan kewangan.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:

Mr. Chiew Kin Wee atau Ms. Sharon Leng
Ler Lum & Co.
B-3-11, Megan Phileo Avenue
12, Jalan Yap Kwan Seng
50450 Kuala Lumpur .






Home | Industries Served | Topic of Interest | International Associate | Useful Links | Existing Items For Tender | Legal Disclaimer


LER LUM
 www.lerlum-hlb.com

                  A member of HLB International,
                  A Worldwide organization of accounting firm and business advisers.